CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 23 April 2011

PLKN X BEST..YE KER..CECITER CECITER

PLKN atau Program Latihan Khidmat Negara...membawa seribu kenangan yang sukar dipadamkan...

Kem Sg. Rait Miri merupakan tempat aku berlatih lebih kurang 3 bulan...lupa pula sesi berapa..maaflah..hehe

Apabila namaku tersenarai dan disebut oleh cikgu di perhimpunan...memang terkejut habis...aku yang tak nak dapat pulak, kawan aku yang beriya-iya nak pergi,tak dapat pulak...cewah...

seminggu awal, memang menangis jer...macam terpaksa...bukannya tak biasa jauh dari keluarga..tapi..ada aura yang membuatkan aku tak nak pergi...

bayangkan, seminggu pertama memang kawad jer, bangun awal...sempat pula mata dipejamkan semasa berkawad...

tahap kekurusanku memang jauh ketara berbanding sekarang yang semakin berisi ini..kehitaman di wajah jelas ketara kami dijemur...

namun, masuk minggu kedua..perasaan sedih dan terpaksa itu mengejut bertukar gembira dan seronok...

bayangkanlah jurulatih kami, sporting sangat...nampak jer ganas masa melatih, luar latihan...jadi kawan pulak...

aktiviti memang menarik, mencabar minda, emosi dan fizikal...

kawan-kawan semuanya memang sporting....

penat lelah semua hilang bagai ditiup angin...

betapa dahsyatnya kuasa PLKN ni yer....

kepada mereka yang tak pernah merasa PLKN, kalian tak akan dapat pengalaman yang kami rasa...

aku cadangkan agar semua lepasan SPM, diwajibkan untuk menyertainya...memang tak rugi....

jom2, terjah gambar kenangan kami bersama...ni baru sikit....banyak lagi..tapi tak kan nak letak semua...hehe

ni lah aku..huahua..belakang tu lah asrama pelatih perempuan..dikelilingi sang hutan dan ada tasik..tersenyum keletihan

saya dan dua rakan mewakili Bravo team untuk pencarian harta karun..memang mencabar..basah habis badan

kenangan di Parkson Shopping Complex Miri...syok habis...

pelatih lelaki kat belakang tu, sibuk jer...x perasan diorang join sekali..

aku tersepit di belakang...tuan punya kamera lak tu...hehe

apa yang tak kena dengan gambar ni? hahaha

wei2..tangan aku...haha nilah sahabat paling kusayang...empat dara pingitan...sorang jer bukan orang sarawak tau, yang free hair tu...budak pandai dari semenanjung gitu

sekali lagi aku tersepit...haha..sibuk jer diorang ni...

nilah aqeeda...selalu ejek ketawa dia yang comel macam kartun...rindulah Qeeda...

nilah orang kuat kami, haha Miza...yang brutal ada lembutnya...rindunya Miza

haaaa...ni dia sahabatku tersayang...Dayang.. peneman siang malam gembira dukaku,masalah dikongsi bersama,,,aku ingat lagi tika kau mencantikkan kerongsang di tudungku..

aduh...betapa indahnya...moga suatu hari kelak, kita akan bertemu semula...aku harapkan begitu....moga kalian berjaya dalam hidup masing2..amin..

TEMANKU SETIA DI SISI

Syukur alhamdullilah, aku bertemu dengan dua insan yang sangat bermakna buat diriku....

sempadan negeri bukan penghalang buat kami untuk bersatu mengejar impian...

sungguh indah memori yang dicipta bersama...

gelak tawa marah semuanya dikongsi bersama...

selama dua tahun kita bersama...

tiada masalah yang besar tercetus...

wahai sahabatku, kalian sangat istimewa buatku...

entahkan ya entahkan tidak...

sisa dua tahun selepas ini akan menemukan kita semula...

semoga kenangan di UPSI menjadi memori indah dan manis yang sukar dicari ganti...

khas buat kalian.....




Nilah Dayang Siti Nuramalina, manis senyuman..

kenangan di kl-sentral, penat sempat jugak bergambar


Rosmiati, jangan marah letak gambar ni...masa cuti berdua jer lebih baik..hahaha

hahahaha, rela di makan nampaknya..
 
kenangan di BE-Learning...
 

hahaha...beli apa tu dayang?


Rosmiati yang syumel...


eh2..belakang rumah pun jadilah posing...erm..ketinggian sama ker?

kucing2...nak juga yer posing bersama dua rakan ni..erm kain batik siapakah itu

Dayang Siti Nuramalina yang syumel gak

xkan kulupa kenangan ini...indahnya

comel x kita betiga dalam perut singa ni..roar..


hahaha...plastik sampah..huahua, cacat gambar kita ros..

maaf hulur dipinta, andai kekurangan diri bisa kelihatan..
gambar disusun menariknya tidak..
namun, ikhlas kuberikan mengamit kenangan..

Friday, 22 April 2011

MULAKANLAH SEKARANG

Suka ingin saya kongsikan bahawa ramai masyarakat kita yang tidak mengenali al-mathurat...bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana terniat di hati ini untuk bersekolah di SMK AGAMA MIRI..serba sedikit saya mengetahui dan mendalami dunia keislaman kita yang syumul ini..

Memandangkan saya pelajar asrama, masa untuk berehat adalah kurang, kebanyakan masa dipenuhi untuk  ke surau, ke bilik darjah untuk mengulangkaji pelajaran dan aktiviti yang berfaedah...

Hanya cuti umum sahaja yang membenarkan saya dan sahabat2 lain bergurau senda, makan bersama, belajar bersama dan bla2...(betul ke, bukan ???)

Namun, bukan itu keutamaan saya membuat entri ini...hanyalah sekadar mengenang memori indah yang tak terungkap dengan kata2

Sepanjang pemerhatian saya selama ini, cewah...seriusnyerrr...ramai yang tak tahu apa itu al-mathurat...jom, baca info kat bawah ini...agar dapat manfaatnya walau sedikit...

Al-mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Nabi junjungan kita.  sesungguhnya, hanya Baginda sahaja yang mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi apabila kita mengamalkan al-mathurat ini...

Jiwa kita yang tandus sudah pasti dapat dimantapkan apabila wirid, doa, zikir dan istighfar dalam al-mathurat ini diamalkan

Bukan itu sahaja saudaraku, membaca dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian sebenarnya mampu mendidik hati agar kita sentiasa merindui Ilahi selain mendapat kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Memang benarlah perasaan yang saya alami, apabila membacanya terdapat perbezaan yang lain berbanding hari-hari tidak membacanya...percayalah, perbezaan itu akan lahir apabila kita benar-benar mengahayatinya..

Saya sertakan jua, kelebihan membacanya:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Monday, 18 April 2011

SAUDARA SEISLAMKU, DAH BERSEDIA?

RUGILAH TAK TEKAN SINI


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. 


Gambaran Hari Kiamat 


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
 ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. 
Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


P/S: Rasa mahu mengalirkan air mata mengenang dosa-dosa lalu dan memang mengalir pun...aku takut..sangat takut...terlampau takut...tak terkata perasaan takut...huhu


p/s: Moga bermula saat ini, kita mendekatkan diri kepada-Nya...


p/s:Moga ahli keluargaku dan insan tersayang, bersamaku untuk berubah menjadi hamba yang takut kepada Allah S.W.T..amin.


p/s: Kita tidak mampu menjadi sebaik BAGINDA, tapi berusahalah untuk menjadi seperti BAGINDA..

BELON VS KAPAL TERBANG


Sebagai perantau, aku di sini untuk menimba ilmu..
sebagai perantau, aku melihat budaya orang...
sebagai perantau, aku terpaksa meninggalkan insan tersayang...
sebagai perantau, aku perlu berdoa kepada-Nya sentiasa memohon perlindungan...
dan sebagai perantau, pengalaman amat bermakna....

sebenarnya, saat menaiki belon atau kapal terbang, perasaan sedih menguasai diri ini...
bukan seronok untuk meninggalkan negeri tercinta, tempat lahir kita..betul tak?
saat paling sedih, apabila melihat pemandangan bandaraya Miri dari atas, biasalah mak ayah keluarga tercinta semuanya ada kat situ...

p/s: Tontonlah video di atas, kepada sesiapa yang belum merasa menaiki belon tu, macam tulah rasanya...betul ker? bez ker? tak lah...sama jer cam duduk dalam bas kita kat sini hari-hari, bezanya belon kat atas awan, bas kat bumi...haha

p/s: Video tu aku dapat dari youtube, rakaman orang lain yang aku sendiri tak kenal...layan jer erk..

Sunday, 17 April 2011

TAHUKAH ANDA APA ITU PEMBUKAAN?

Istilah pembukaan cukup mendalam maknanya buat diri saya.

Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini, bermula dengan pembukaan...dan berakhir dengan penutupan..

Masih terkial-kial untuk memahami perkara yang saya ingin sampaikan?

Baiklah, pembukaan di sini saya merujuk langsung kepada Surah Al-Fatihah...ooooo

Sebenarnya banyak kelebihan apabila kita mengamalkan Surah Al-Fatihah ini, lihat sahaja kalam Allah yang teragung itu, halaman pertamanya pun dimulai dengan surah tersebut...

Antara kelebihannya ialah:


·         Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

·         Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

·         Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

·         Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

·         Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

·         Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".


·         Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".


·         Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

p/s: Saya terlupa untuk mengambil link info ini, diharapkan empunya info ini menghalalkannya..semoga info berguna ini dapat disebarkan dan dikongsi serta diamalkan oleh kita bersama.

p/s: Sekadar perkongsian sedikit daripada saya, menyedekahkan surah Al-Fatihah tidak kiralah pada waktu pagi, malam, tengah malam atau masa yang terluang kepada kedua ibu bapa mereka, sama ada yang telah pergi selamanya atau masih hidup, rezeki untuknya terbuka luas...

p/s: Membaca Surah Al-Fatihah, pahalanya sepertiga membaca al-quran.. kenapa kita tidak merebut peluang yang ada...marilah kita bersama-sama mengamalkannya bermula saat ini.


Saturday, 16 April 2011

UNTUKMU AYAH



Untukmu Ayah yang kasihnya tiada penghujung, moga ikatan kekeluargaan yang kita bina bersama terjalin selamanya...

kupanjatkan doa buatmu dan ibu, gelak tawa kita bersama menguatkan diri ini untuk berjuang mengharungi kejayaan yang bakal tiba...