CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 16 April 2011

ESTETIKA YANG TIDAK KELIHATAN



Ramai masyarakat kita pada hari ini, yang mengagung-agungkan lagu-lagu yang kurang memberi kesedaran apatah lagi memenuhi santapan rohani mereka.

ramai jua masyarakat kita pada hari ini, yang tidak memandang kelebihan yang ada pada lagu nasyid kita.

ramai jua masyarakat kita pada hari ini yang tidak melihat kepuitisan lirik lagu-lagu nasyid, yang pada saya sememangnya estetik, membawa unsur kesedaran, nilai yang tinggi dan banyak lagi.

unsur-unsur inilah yang membezakan lagu-lagu nasyid dengan lagu berentak yang lain.

amat rugilah mereka yang tidak pernah mengenali dan menghayati seni kata nasyid yang tersusun indah ini.

kesedaran terhadap sebarang mesej yang disampaikan dalam alunan indah lagu nasyid, diharapkan mampu mengubah nilai-nilai kita sebagai umat Islam di dunia ini.

perhatikanlah lirik lagi video di atas, merupakan sajak pada awalnya yang dinukilkan oleh Usman Awang, pastinya anda mengenalinya bukan? Akhirnya dilagukan dengan alunan nasyid yang indah...ya sungguh indah

p/s: Terokailah lagu-lagu nasyid daripada Hijjaz, Rabbani, In-Team, Raihan, Nowseeheart, Mestica, Fareast, Unic dan banyak lagi...sungguh indah dan puitis...tak kenal maka tak cinta...

Wednesday, 13 April 2011

AKU TERIMA

Sekitar jam satu petang, rumahku dihon oleh seseorang yang pastinya kutunggu selama dua hari ni...

dengan sampul surat berwarna coklat, membuatkan diriku tidak sabar untuk membukanya....

rupanya posmen yer yang datang....

130411, aku terima bungkusan dari Abbiey,

cepat2ku buka bungkusan itu...

'''''''''''''''
''''''''''''''''''''''
'''''''''''''''''''''''''''''
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
aku menerima lotion aiken, keychain teddy putih yg comel, dan sekeping kad kekasih....tertulis di dalamnya....oh rahsia...hehe

terima kasih abbiey....pastinya dikau penyeri hidup dunia akhiratku...amin...

membuatkan diriku tersenyum panjang seharian....namun, tatkala kuingin menyatakan berita tersebut kepada ibuku tersayang, tanpa diduga datang pula kesedihan...

ibuku, ceritakanlah kepada anakanda...mengapa dikau menangis?????

anakanda sedia mendengarnya......anakanda tungguuuu....

Tuesday, 12 April 2011

BERATNYA

Berat dan berat....sebenarnya aku nak nyatakan bahawa peperiksaan dah semakin dekat...dekat sangat....
persediaan?  ok....masih dalam keawang-awangan...

fuh2...pegi kau jauh2 malas! aku tak nak kawan dengan kau! kau pemusnah hidup aku! berambus malas!

marilah rajin, dekatlah padaku...aku hendak berkawan dengan kau, marilah...dekatilah diriku ini..aku merayu...

buat abbieyku, sahabatku terutamanya Dayang dan Rosmiati, rakan2 BM,dan housmateku...marilah kita berjuang demi masa depan dan akhirat!!Allahu Akbar!!!3x

(USAHA+DOA+TAWAKAL=KEJAYAAN)

INGATLAH BAHAWA DOA MAMPU MENGUBAH TAKDIR!!!!

5 ANAK ...

5 ANAK????
Terkejut sakan ker...aku dah kawen ker?...
oh...tak2....
aku ada lima anak buah jer....
hehehe...
tiga perempuan dan 2 lelaki...
suka sakat mereka...
comel sangat bila tengok mereka nak menangis, tak tahan disakat aku.  hahaha
tunggu yer anak2 buahku tersayang, dua minggu lagi...
ngangah pulang kamponggggg...
x sabar lah....


           (Norsyahirah...baru lahir tahun 2011...nak tengok mata bulat dia x?)
            anak kakak no. 2

(hah..tengoklah..garang x, kecik2 dah garang...uih takut..haha)

   (Adam Ikmal yang sangat nakal....sapa nak jaga, bagi nom. hp kat aku...cepat.haha tapi nilah anak             buah yg kusayang - anak kakak sulung)

(Iman Daniel...jarang jumpa, anak abang...seangkatan dengan Adam kenakalannya hehe)

(Norsyakira dan Norsyamira, kakak kepada Norsyahirah...nakal gak ni walau perempuan haha)
anak kakak no. 2

Friday, 8 April 2011

KASIH IBU BERPANJANGAN

Ibuku tersayang...aku terpaksa meninggalkan dikau buat sementara waktu...laut China Selatan memisahkan jarak antara kita berdua...banyak kenangan manis bersama dikau wahai ibuku tersayang...tatkala diriku sakit, kerisauan menjalar di dadamu...maafkan anakanda andai tersalah bahasa dan kelakuan selama ini...

ibuku tersayang...dikau lebih menderita daripada anakanda...urat tanganmu seringkali mengganggu tidur malammu...mahu sahaja kugantikan tubuhmu dengan tubuhku...senyum tawamu kadangkala menepis segala kesakitanmu...


namun kutahu, demi seorang anak...dikau sanggup berkorban...kasih ibu berpanjangan hingga ke syurga...tangan menadah memohon doa...agar dikau ditempatkan syurga yang dijanjikan-Nya...amin

TAK TERTANGGUNG PERITNYA

Masuk tiga hari sudah, aku bertahan untuk melawan demam yang berpunca (mungkin laaa) daripada meminum air coklat cadberry....

sebelum itu, aku sebenarnya mencari2 air horlick, apakan daya tiada....jadi aku terpaksa memilih air coklat yang dijual dalam packet dengan harga RM1.20...(tak terfikir pun nak beli bungkus dari mana-mana restoran) hahaha

malamnya, terasa susah nak telan air liur, sakit sangat.....esoknya, selsema mula gembira untuk keluar melihat dunia luar dari batang hidungku...akhirnya, seluruh tubuhnku terasa berat dan panas...

dua hari terlentang di atas katil sahaja untuk berehat.....sakit sangat....

alhamdulillah, sekarang sembuh sedikit....kurang panasnya, tapi hidung, tekak masih meninggalkan sisanya...erk...

hanya selawat syifa' akan tetapku amalkan...insya-Allah aku cepat sembuh...exam tak lama lagi....balik kampung pun tak lama lagi...hehehe

Tuesday, 29 March 2011

130407

Bunga raya nama diberi, 

untuk dipetik sang kumbang,
suraya dan mohamad setia menanti,
masjid indah bakal disanjung.

Tarikh 130407 merupakan tarikh yang tak kan aku lupakan, kerana itulah saat indahnya pertemuan aku dan dia...tanganku sentiasa menadah kepada Tuhan yang Esa agar hubungan kami kekal sehingga ke jinjang pelamin dan kekal selamanya...

Banyak kenangan pahit yang bukan kami lorekkan sendiri, tapi kami bersyukur kenangan manis yang kami berdua lukiskan mampu menenggelamkan segalanya...

Semoga Tuhan memberkati hubungan kami yang lahir dari hati yang tulus ini, cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta ahli keluarga, cinta kepada si dia, cinta kepada orang2 yang pernah berbakti kepada kita....semuanya memerlukan cinta, sedarkah anda?

kenangan masa lampau di kedai makan, pernah dibahaskan...bahas?maksudnya apa?hehe

kenangan hari raya aidilfitri dua tahun yang lepas, 

xtau nak posing lagi...tengah hari beb...