CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, 9 March 2011

Puteriku Sayang



Lagu nasyid ni pun bukan saja2 aku letak, ada motif juga ni tau...

pertamanya, kaum hawa jadikan dirimu kaum yang paling bernilai kerana kita sebahagian daripada peneraju agama, bangsa dan negara yang disegani..

keduanya,  buanglah sifat bermurah hati melepaskan maruah yang tidak ternilai harganya itu...kepada yang belum insaf, peluang taubat masih terbuka...jangan berputus asa...

ketiga, nasihat kaum adam adalah untuk menyelamatkan kita daripada seksaan api neraka...

keempat...dan ke__ seterusnya anda carilah sendiri, agar nasyid bukan dijadikan sekadar hiburan, tapi peringatan dan nasihat yang sangat berguna untuk kita hayati dan amalkan bersama...

duplicate Wahjiwah



Aku bukan saja2 nak letak lagu ni, tapi ada mesej nak aku sampaikan kepada kalian...

pertamanya, sesuatu tugasan yang perlu dibuat atau dihantar segera...mengkehendaki kita sentiasa tenang dan tidak berada dalam keadaan yang stress...seboleh - bolehnya, cari ketenangan dan masa yang sesuai untuk kita memulakan pekerjaan tersebut...

keduanya, hiburkan diri sepanjang melakukan tugasan tersebut...sekurang - kurangnya, tekanan yang dihadapi berkurang hehe...contohnya, mendengar lagu kesukaan, atau selang - selikan membuat tugasan dengan hiburan....tak pun, ambil masa untuk tidur 10 minit..

ketiganya, dapatkan pertolongan atau kerjasama daripada orang di sekeliling kita....apabila tugasan dibuat bersama, hasilnya lebih cepat siap, berkualiti selain dapat merapatkan silaturahim...hehe

keempat, konsisten ketika melakukan tugasan......

kelima, doa dan bertawakallah...Insya-Allah berjaya dan memperoleh kejayaan dalam kehidupan..amin.

AKU DAN SAJAK? BERKAITAN???

Suraya S.

BUKAN MAHUKU

Mahumu bukan mahuku
Oh bahagianya mereka yang lengkap hidupnya
Hidupku pula menderita diketepikan sendiri oleh mereka yang rakus
Ah sampai hati membiarkan aku terkapai keseorangan
Mencari peluang hidup tanpa pertolongan
Akhirnya aku kecewa jua
Darahku berhenti mengalir dek hujan panas silih berganti menikam tubuhku

Kasihan tiada sedikit pun rasa kasihan mereka melihat tubuh kecilku ini
Elak diri dari mendapat malu...
Sedangkan aku dihasilkan tanpa rasa malu
Ah mahu persalahkan siapa lagi?
Ya, ternyata sudah berlaku
Aku tidak mampu bersuara lagi
Nampaklah kelompongan akidah mereka sebagai ibu bapaku
Gusarlah mereka tatkala aku meniti alam rahim
Akukah yang bersalah?
Nukilan kotor tercalit kerana akukah?
Ku pasrah dengan kerakusanmu meninggal darah dagingmu ini
Untuk itu ku pohon ampun kepada Tuhan untuk kalian berdua.

(Universiti Pendidikan Sultan Idris)
17.02.2011

Ni salah satu sajak yang aku hasilkan sendiri menggunakan ilham yang terpaksa aku perah sehari - hari sebelum menghantarnya pada minggu yang ditetapkan...tapi dah hantar, alhamdullillah, semua sajak yang aku hasilkan aku gunakan nama insan yang kusayang sangat2, termasuklah nama yang aku boldkan tu....banyak lagi sajak yang berkaitan dengan insan kusayang, tapi cukuplah sekadar ini sahaja dahulu sebagai pembukanya...tunggukan sajak seterusnya....hehe.

KACAU GILA JIWA, JIWA GILA KACAU

Sebenarnya, tajuk entri 2 taklah berkaitan sangat dengan perkara yang aku nak ceritakan ni, ringkas jer,tapi adalah jugak.... mood aku beberapa hari ni memanglah ribut sangat2, kalau boleh, nak saja aku jerit puas2 macam niiii aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .....hehehe(",),b marah ker?...entah kenapa insan yang mencurahkan ilmu kepadaku semacam memandang serong terhadapku, adakah aku bersalah? konfius menguasai diri...(kepada kamu yang bergelar kamu, kamu dan kamu...faham2 lah yer)

alahhh, biasa jer tu...aku jer yang perasan kot....lupakanlah...saje nak kongsi...biar tenang sikit...

Tuesday, 8 March 2011

PAGI YANG INDAH

Terasa ringan badanku pabila mentari menyusur harinya....
sungguh indah dan aku terasa ingin menikmatinya sampai bila - bila....

Pabila diriku masih bergelar pelajar....
ya...aku seharusnya belajar dengan smart..
jangan memaksa diri...
aku kena ikut rentakku sendiri...hehehe

(motif: mahu kembalikan semangat untuk meneruskan tugasan yang perlu hantar semuanya minggu hadapan)

PENCARIAN

Akhirnya, aku berjaya jua mendapatkan lagu yang aku minat,cari sini cari situ, tak juga jumpa, tepat jam 2240, aku berjaya mendapatkannya di youtube, itupun hasil usahaku bertanya dengan orang di sekelilingku, terima kasih banyak - banyak buat sahabatku, momol...lagu ni menyentuh perasaan aku buat pertama kali aku mendengarnya...hehe...nak dikatakan ada pengalaman ditinggalkan, memang takder lah..ye ker??...apa apa pun,   banyak peristiwa yang boleh dikatakan pahit berlaku sejak beberapa hari ni...tapi, tekperlah...lupakanlah, pengalaman mengajar kita hidup yang lebih bermakna kemudian hari....Al - Fatihah buat kedua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau telah meninggalkan kita)...untuk lagu yang dimaksudkan tu, dengar kat bawah jer...hehe

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu