Suraya S.
BUKAN MAHUKU
Mahumu bukan mahuku
Oh bahagianya mereka yang lengkap hidupnya
Hidupku pula menderita diketepikan sendiri oleh mereka yang rakus
Ah sampai hati membiarkan aku terkapai keseorangan
Mencari peluang hidup tanpa pertolongan
Akhirnya aku kecewa jua
Darahku berhenti mengalir dek hujan panas silih berganti menikam tubuhku
Kasihan tiada sedikit pun rasa kasihan mereka melihat tubuh kecilku ini
Elak diri dari mendapat malu...
Sedangkan aku dihasilkan tanpa rasa malu
Ah mahu persalahkan siapa lagi?
Ya, ternyata sudah berlaku
Aku tidak mampu bersuara lagi
Nampaklah kelompongan akidah mereka sebagai ibu bapaku
Gusarlah mereka tatkala aku meniti alam rahim
Akukah yang bersalah?
Nukilan kotor tercalit kerana akukah?
Ku pasrah dengan kerakusanmu meninggal darah dagingmu ini
Untuk itu ku pohon ampun kepada Tuhan untuk kalian berdua.
(Universiti Pendidikan Sultan Idris)
17.02.2011
Ni salah satu sajak yang aku hasilkan sendiri menggunakan ilham yang terpaksa aku perah sehari - hari sebelum menghantarnya pada minggu yang ditetapkan...tapi dah hantar, alhamdullillah, semua sajak yang aku hasilkan aku gunakan nama insan yang kusayang sangat2, termasuklah nama yang aku boldkan tu....banyak lagi sajak yang berkaitan dengan insan kusayang, tapi cukuplah sekadar ini sahaja dahulu sebagai pembukanya...tunggukan sajak seterusnya....hehe.
0 comments:
Post a Comment