CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, 29 March 2011

130407

Bunga raya nama diberi, 

untuk dipetik sang kumbang,
suraya dan mohamad setia menanti,
masjid indah bakal disanjung.

Tarikh 130407 merupakan tarikh yang tak kan aku lupakan, kerana itulah saat indahnya pertemuan aku dan dia...tanganku sentiasa menadah kepada Tuhan yang Esa agar hubungan kami kekal sehingga ke jinjang pelamin dan kekal selamanya...

Banyak kenangan pahit yang bukan kami lorekkan sendiri, tapi kami bersyukur kenangan manis yang kami berdua lukiskan mampu menenggelamkan segalanya...

Semoga Tuhan memberkati hubungan kami yang lahir dari hati yang tulus ini, cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta ahli keluarga, cinta kepada si dia, cinta kepada orang2 yang pernah berbakti kepada kita....semuanya memerlukan cinta, sedarkah anda?

kenangan masa lampau di kedai makan, pernah dibahaskan...bahas?maksudnya apa?hehe

kenangan hari raya aidilfitri dua tahun yang lepas, 

xtau nak posing lagi...tengah hari beb...


Monday, 28 March 2011

KERJAYAKU MUNGKINKAH

Your Career Type: Social

You are helpful, friendly, and trustworthy.
Your talents lie in teaching, nursing, giving information, and solving social problems.

You would make an excellent:

Counselor - Dental Hygienist - Librarian
Nurse - Parole Officer - Personal Trainer
Physical Therapist - Social Worker - Teacher

The worst career options for your are realistic careers, like truck driver or farmer.

Nilah dia salah satu pekerjaan yang sesuai dengan jiwa aku, setelah mencuba nasib menjawab beberapa soalan di KLIK2 KAT SINI, jujur aku menjawabnya...akhirnya, aku dikategorikan sebagai seorang individu yang kerjayanya lebih kepada sosial...hehehehe...

Thursday, 24 March 2011

Hijjaz, Saff-One & Saujana - Indahnya Hidup ini ( low quality - cd rosak )


lagu ni sesuai untuk para pemimpin kita...hehe..wahai pemimpin, jadikanlah syariat agama dalam melaksanakan amanah....

Penenang Jiwa


moga ada input baru yang dapat dikongsi bersama dan disampaikan kepada saudara kita yang lain...insya-Allah.

ASMA


ASMA TIADA UBAT, PERLU DICEGAH
Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.


Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.


Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarng kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.
Ubat sedutan ini antara lain:
1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Wednesday, 23 March 2011

rock jiwang rongok



WAH,WOW...hebatnyer...kecik2 lagi dah pandai wat band yer...hehe...rasa lawak pun ada, rasa kesian pun ada...rasa geli pun ada...tapi, aku respect lah kat dua orang budak nih,,,dapat nyanyi ngn pitching yang tak hipokrit...men drum ngn kayu....tapi, satu jer nasihat aku, kalo pun nak wat band, pntgkanlah keselamatan kawan2, tercucuk mata kang, masuk news pulak tak pasal2....korang nih...

Tuesday, 22 March 2011

NASYID LAST MINUTE

Nilah hasilnya bila kerja last minute...untuk kekasih hatiku, ku doakan dikau cepat sembuh daripada sakit...sakit dugaan Tuhan yang menyayangi kita....percayalah, ada hikmah di sebalik kejadian...

Tuesday, 15 March 2011

Tsunami 101


aku teringin sangat nak tengok national geographic berkenaan tsunami di Jepun yang disiarkan pada 14.mac.2011, perkongsian pengetahuan daripada Dr. Shaheda selaku pensyarah 2p kami, benar - benar menyebabkan naluriku ingin menontonnya...namun tak kesampaian, nasib baiklah ada youtube lain yang serba sedikit menambah ilmu pengetahuan kita mengenai tsunami...masya-Allah.

HUJAN OH HUJAN

tepat jam 9.25, awan yang mendung segera menjatuhkan titisan air jernih lantas menimpakan dirinya ke atas permukaan bumi...sejuk dan terasa aman...tenang menyelubungi jiwa...

akan tetapi, ketenangan ini mungkin tidak dapat dirasai oleh penduduk di Jepun tatkala ini...bencana alam yang menimpa negara itu benar - benar mengancam keselamatan dan kesihatan penduduknya dan mungkin merebak ke sekitar yang lain..

sebagai insan yang sama - sama bergelar makhluk dan tinggal di bumi pinjaman Allah Taala ini, aku berharap agar mereka tabah mengharunginya...dan kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita panjatkan doa agar bencana seperti itu tidak menghampiri negara kita...amin...

Saturday, 12 March 2011

LAWAS

Lawas merupakan asal usul mak tersayang aku...

isnin ni (14.3.11) merupakan tarikh bersejarah buat ibuku kerana hampir beberapa tahun dah tak pulang ke tanah air...bersama adik tersayangku akan pergilah mereka merentas awan menuju ke sana...moga niat mak aku berubat agar sembuh dari penyakitnya itu, terlaksana jualah,,,bagi diriku, penyakit itu suatu nikmat dari Tuhan yang menguji kesabaran kita dan melihat sejauh mana kita berusaha merawatinya...

aku berdoa agar Allah s.w.t melindungi perjalanan mereka nanti, mudah - mudahan mereka selamat sampai dan selamat pulang...

(mak, nak ikut.....hehehe)

Thursday, 10 March 2011

SAJAK DAN SAJAK SIRI 2

Suraya S.

BERGANDA - GANDA

Rasuah, rasuah, rasuah
Oh rasuah...
Sampai bilakah engkau terus menjadi kulit kepada mereka ini
Mereka sering meriakkan aksi tak bersalahnya
Imbuhan datang berganda – ganda
Amboi...sukanya dia
Tersenyum lebar tanpa memikirkan mereka yang menderita
Imbuhan tetap datang jua dengan banyaknya

Sah sekali ilmu yang ada dicetekkan sendiri,
Angkuhnya semakin menjadi - jadi
Hah, biarlah mereka tak tau pun aku rasuah...lagak tak malu mereka ini
Andai kebenaran terpancar di wajah
Barulah wajah yang angkuh setinggi – tingginya itu tunduk pula serendah – rendahnya
Akan kuletak dimana wajahku ini?
Tatkala itu penyesalan seribu kali menyesal
Kepala serabut memikir penyelesaian
Untukmu...ambillah padahnya!

(Tanjong Malim)
16.02.2011

SAJAK DAN SAJAK LAGI

Suraya S.

HELAIAN SUCI

Daun lidahmu semacam keras membeku
Anggota zahirmu sihat seakan lumpuh
Yakni diri memalaskan zahir
Akan membuka lembaran kalimah Tuhan yang Esa
Nan hening kian menjelma
Gugup jantung kian menghampiri tamat operasinya

Sedarlah wahai saudaraku
Ingatlah kematian mimpi ngeri
Tinta perjalanan terputus tanpa amalan duniawi
Impikanlah syurga balasan Tuhan luar imaginasi manusia

Nusa indah ditinggal jauh
Untuk merebut harta pinjaman Tuhan
Ranapkan kegilaanmu terhadap harta
Aku berharap kau kembali ke pangkal jalan
Membuka helaian suci Tuhan satu per satu
Amati kebenaran nyata
Lumatkan bisikan syaitan durjana menguasai diri
Insan bergelar khalifah amanah berat
Nukilkan dalam diri kerana Allah
Akan pasti Tuhan membantumu.

(Tanjong Malim)
13.02.2011

PATUT MEMANG PATUT

Entri ni nak kisah tentang aku jer lah....aku memang patut kena marah pun...aku ni suka sangat layan orang tanpa ambil peduli perasaan (",)...b, maaflah...tak kan buat lagi...

asgment...fuh, jangan cakaplah...melambak2, tapinya tulis ni boleh lah pulak....adoh2...

(ingat pesan b, ada faham suez!!!!)

Wednesday, 9 March 2011

Puteriku Sayang



Lagu nasyid ni pun bukan saja2 aku letak, ada motif juga ni tau...

pertamanya, kaum hawa jadikan dirimu kaum yang paling bernilai kerana kita sebahagian daripada peneraju agama, bangsa dan negara yang disegani..

keduanya,  buanglah sifat bermurah hati melepaskan maruah yang tidak ternilai harganya itu...kepada yang belum insaf, peluang taubat masih terbuka...jangan berputus asa...

ketiga, nasihat kaum adam adalah untuk menyelamatkan kita daripada seksaan api neraka...

keempat...dan ke__ seterusnya anda carilah sendiri, agar nasyid bukan dijadikan sekadar hiburan, tapi peringatan dan nasihat yang sangat berguna untuk kita hayati dan amalkan bersama...

duplicate Wahjiwah



Aku bukan saja2 nak letak lagu ni, tapi ada mesej nak aku sampaikan kepada kalian...

pertamanya, sesuatu tugasan yang perlu dibuat atau dihantar segera...mengkehendaki kita sentiasa tenang dan tidak berada dalam keadaan yang stress...seboleh - bolehnya, cari ketenangan dan masa yang sesuai untuk kita memulakan pekerjaan tersebut...

keduanya, hiburkan diri sepanjang melakukan tugasan tersebut...sekurang - kurangnya, tekanan yang dihadapi berkurang hehe...contohnya, mendengar lagu kesukaan, atau selang - selikan membuat tugasan dengan hiburan....tak pun, ambil masa untuk tidur 10 minit..

ketiganya, dapatkan pertolongan atau kerjasama daripada orang di sekeliling kita....apabila tugasan dibuat bersama, hasilnya lebih cepat siap, berkualiti selain dapat merapatkan silaturahim...hehe

keempat, konsisten ketika melakukan tugasan......

kelima, doa dan bertawakallah...Insya-Allah berjaya dan memperoleh kejayaan dalam kehidupan..amin.

AKU DAN SAJAK? BERKAITAN???

Suraya S.

BUKAN MAHUKU

Mahumu bukan mahuku
Oh bahagianya mereka yang lengkap hidupnya
Hidupku pula menderita diketepikan sendiri oleh mereka yang rakus
Ah sampai hati membiarkan aku terkapai keseorangan
Mencari peluang hidup tanpa pertolongan
Akhirnya aku kecewa jua
Darahku berhenti mengalir dek hujan panas silih berganti menikam tubuhku

Kasihan tiada sedikit pun rasa kasihan mereka melihat tubuh kecilku ini
Elak diri dari mendapat malu...
Sedangkan aku dihasilkan tanpa rasa malu
Ah mahu persalahkan siapa lagi?
Ya, ternyata sudah berlaku
Aku tidak mampu bersuara lagi
Nampaklah kelompongan akidah mereka sebagai ibu bapaku
Gusarlah mereka tatkala aku meniti alam rahim
Akukah yang bersalah?
Nukilan kotor tercalit kerana akukah?
Ku pasrah dengan kerakusanmu meninggal darah dagingmu ini
Untuk itu ku pohon ampun kepada Tuhan untuk kalian berdua.

(Universiti Pendidikan Sultan Idris)
17.02.2011

Ni salah satu sajak yang aku hasilkan sendiri menggunakan ilham yang terpaksa aku perah sehari - hari sebelum menghantarnya pada minggu yang ditetapkan...tapi dah hantar, alhamdullillah, semua sajak yang aku hasilkan aku gunakan nama insan yang kusayang sangat2, termasuklah nama yang aku boldkan tu....banyak lagi sajak yang berkaitan dengan insan kusayang, tapi cukuplah sekadar ini sahaja dahulu sebagai pembukanya...tunggukan sajak seterusnya....hehe.

KACAU GILA JIWA, JIWA GILA KACAU

Sebenarnya, tajuk entri 2 taklah berkaitan sangat dengan perkara yang aku nak ceritakan ni, ringkas jer,tapi adalah jugak.... mood aku beberapa hari ni memanglah ribut sangat2, kalau boleh, nak saja aku jerit puas2 macam niiii aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .....hehehe(",),b marah ker?...entah kenapa insan yang mencurahkan ilmu kepadaku semacam memandang serong terhadapku, adakah aku bersalah? konfius menguasai diri...(kepada kamu yang bergelar kamu, kamu dan kamu...faham2 lah yer)

alahhh, biasa jer tu...aku jer yang perasan kot....lupakanlah...saje nak kongsi...biar tenang sikit...

Tuesday, 8 March 2011

PAGI YANG INDAH

Terasa ringan badanku pabila mentari menyusur harinya....
sungguh indah dan aku terasa ingin menikmatinya sampai bila - bila....

Pabila diriku masih bergelar pelajar....
ya...aku seharusnya belajar dengan smart..
jangan memaksa diri...
aku kena ikut rentakku sendiri...hehehe

(motif: mahu kembalikan semangat untuk meneruskan tugasan yang perlu hantar semuanya minggu hadapan)

PENCARIAN

Akhirnya, aku berjaya jua mendapatkan lagu yang aku minat,cari sini cari situ, tak juga jumpa, tepat jam 2240, aku berjaya mendapatkannya di youtube, itupun hasil usahaku bertanya dengan orang di sekelilingku, terima kasih banyak - banyak buat sahabatku, momol...lagu ni menyentuh perasaan aku buat pertama kali aku mendengarnya...hehe...nak dikatakan ada pengalaman ditinggalkan, memang takder lah..ye ker??...apa apa pun,   banyak peristiwa yang boleh dikatakan pahit berlaku sejak beberapa hari ni...tapi, tekperlah...lupakanlah, pengalaman mengajar kita hidup yang lebih bermakna kemudian hari....Al - Fatihah buat kedua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau telah meninggalkan kita)...untuk lagu yang dimaksudkan tu, dengar kat bawah jer...hehe

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu