CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, 10 March 2011

SAJAK DAN SAJAK LAGI

Suraya S.

HELAIAN SUCI

Daun lidahmu semacam keras membeku
Anggota zahirmu sihat seakan lumpuh
Yakni diri memalaskan zahir
Akan membuka lembaran kalimah Tuhan yang Esa
Nan hening kian menjelma
Gugup jantung kian menghampiri tamat operasinya

Sedarlah wahai saudaraku
Ingatlah kematian mimpi ngeri
Tinta perjalanan terputus tanpa amalan duniawi
Impikanlah syurga balasan Tuhan luar imaginasi manusia

Nusa indah ditinggal jauh
Untuk merebut harta pinjaman Tuhan
Ranapkan kegilaanmu terhadap harta
Aku berharap kau kembali ke pangkal jalan
Membuka helaian suci Tuhan satu per satu
Amati kebenaran nyata
Lumatkan bisikan syaitan durjana menguasai diri
Insan bergelar khalifah amanah berat
Nukilkan dalam diri kerana Allah
Akan pasti Tuhan membantumu.

(Tanjong Malim)
13.02.2011

0 comments: